Thursday 26 April 2012

Pokok Rumbia

Pokok Rumbia(gambar) atau juga dikenali sebagai pokok Sagu adalah sejenis pokok palma yang terdapat di hutan Indonesia, Malaysia dan Papua New Guinea. Ia boleh merujuk kepada semua pokok dalam spesies Metroxylon, atau khusus kepada Metroxylon sagu sahaja. Terdapat kelainan yang berduri dan tanpa duri dalam spesies ini.

Pokok Rumbia adalah tumbuhan yang hidup di merata hutan pedalaman. Pokok Rumbia juga boleh dijadikan atap. Batangnya pula boleh diproses bagi menghasilkan sagu.
Ia boleh ditanam untuk tujuan penghasilan sagu secara besar-besaran. Tempoh ia matang bergantung kepada kesuburan tanah. Secara purata, pokok rumbia boleh dituai apabila menjangkau umur 12-13 tahun di tanah mineral dan 15-18 tahun di tanah gambut.
Tepung sagu rumbia boleh digunakan untuk memproses serbuk perasa (MSG), sirap glukosa, alkohol, makanan bayi, gum gula-gula, tekstil, kertas, pelekat, gam, cendol dan lain-lain.
Pokok Rumbia mempunyai batang yang besar, tegap, mencapai ketinggian antara 10–12 meter, mempunyai isi yang lembut dan mengandungi kandungan kanji yang tinggi. Pokok Rumbia juga merupakan sumber makanan asasi bagi kaum peribumi di Sabah dan Sarawak, antaranya suku kaum Bisaya, dan Melanau.
Pokok Rumbia mempunyai banyak pelepah berbentuk pinnate 6-8 meter panjang yang mula-mula tegak kemudian perlahan-lahan melengkung ke bawah.


Daun Rumbia yang digunakan untuk membuat atap

Atap rumbia yang siap dipasang


Pokok Rumbia dalam hutan

No comments:

Post a Comment