Thursday 26 April 2012

Teratai

Teratai(gambar) dalam bahasa Inggris dikenali sebagai water-lily atau waterlily. Ia biasanya ditemui di tasik, kolam dan parit

Tanaman tumbuh di permukaan air yang tenang. Bunga dan daun terdapat di permukaan air, keluar dari tangkai yang berasal dari rizoma yang berada di dalam lumpur pada dasar kolam, sungai dan tasik. Tangkai terdapat di tengah-tengah daun. Daun berbentuk bundar atau bentuk oval yang lebar yang terpotong pada jari-jari menuju ke tangkai. Bunga terdapat pada tangkai yang merupakan perpanjangan dari rimpang. Diameter bunga antara 5-10 cm.id.wikipedia.org/wiki/Teratai
Teratai terdiri dari sekitar 50 spesies yang tersebar dari wilayah tropis hingga daerah subtropis seluruh dunia. Teratai yang tumbuh di daerah tropis berasal dari Mesir.
Teratai merupakan tanaman air yang unik. Teratai yang tumbuh di air yang berlumpur (kotor, coklat), warna bunganya sangat cantik. Warna bunga bila putih lebih putih, bila merah lebih merah, bila merah muda makin terang warnanya.

Isi teratai yang siap sedia untuk dimakan
pokok teratai dan buahnya

Teratai juga mempunyai buah. Buahnya boleh dimakan begitu sahaja. Rasanya lemak-lemak. Enak seperti kacang tanah.

Asam Jawa

Asam jawa(gambar) atau celagi ialah sejenis pokok saka malar hijau yang menghasilkan buah asam untuk kegunaan masakan harian di Malaysia.
Rekod dan sejarah menunjukkan yang ibu negeri Senegal diberi nama ‘Dakar’ dalam bahasa tempatan yang bermaksud “pokok asam jawa”. Pokok asam jawa adalah tumbuhan semula jadi di benua Afrika. Kini asam jawa telah tersebar luas ke serata dunia dan termasuklah yang ada di Malaysia. Ia juga boleh menjadi pokok hiasan selain ditanam sebagai pokok tanaman. Pokok ini diperkenalkan ke negara-negara di Asia melalui pedagang-pedagang Arab yang datang singgah ke asia tenggara. India ialah negara yang mempunyai tanaman dan ladang asam jawa yang paling luas di dunia. Didapati sebanyak 250,000 metrik tan asam jawa dihasilkan setiap tahun seluruh dunia dimana 65% dihasilkan di India. Asam Jawa digunakan untuk pelbagai kegunaan dimana sebanyak 3,000 metrik tan daripadanya dieksport ke Eropah dan Amerika Utara. Pokok asam jawa mempunyai pelbagai gelaran dan nama tempatan.
Nama lain bagi asam jawa adalah Asam, Asam Jawa, Asam Kemal, Asam Kuning (Melayu); Indian date, Sweet Tamarind, Tamarind (English); Anbli, Ambli, Chinh, Imalii, Tamarulhindi (India), Da Ma Lin; Loa Wang Zi (China), Bakham Somkham (Thailand), Me chua (Vietnam); Sempodok (Filipina), Tamarindo (Jepun); dan Khaam, Kok mak Kham (Laos).
Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang. Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula. Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Pucuk muda mentah atau yang telah dicelur, dimakan dengan budu, cencaluk, sambal belacan atau pencecah lain dengan nasi. Buah muda asam jawa yang dikupas kulit dan ditumbuk kasar atau diracik kecil, dicampurkan dengan sambal belacan, sesuai dimakan dengan nasi. Rasa buah asam jawa adalah masam-masam manis manakala daunya berasa sedikit kelat dan masam. ms.wikipedia.org/wiki/Asam_jawa 


Buah Asam Jawa yang masih muda



Buah Asam Jawa yang telah diasingkan dari tangkainya



Asam Jawa yang siap sedia untuk digunakan

Pokok Rumbia

Pokok Rumbia(gambar) atau juga dikenali sebagai pokok Sagu adalah sejenis pokok palma yang terdapat di hutan Indonesia, Malaysia dan Papua New Guinea. Ia boleh merujuk kepada semua pokok dalam spesies Metroxylon, atau khusus kepada Metroxylon sagu sahaja. Terdapat kelainan yang berduri dan tanpa duri dalam spesies ini.

Pokok Rumbia adalah tumbuhan yang hidup di merata hutan pedalaman. Pokok Rumbia juga boleh dijadikan atap. Batangnya pula boleh diproses bagi menghasilkan sagu.
Ia boleh ditanam untuk tujuan penghasilan sagu secara besar-besaran. Tempoh ia matang bergantung kepada kesuburan tanah. Secara purata, pokok rumbia boleh dituai apabila menjangkau umur 12-13 tahun di tanah mineral dan 15-18 tahun di tanah gambut.
Tepung sagu rumbia boleh digunakan untuk memproses serbuk perasa (MSG), sirap glukosa, alkohol, makanan bayi, gum gula-gula, tekstil, kertas, pelekat, gam, cendol dan lain-lain.
Pokok Rumbia mempunyai batang yang besar, tegap, mencapai ketinggian antara 10–12 meter, mempunyai isi yang lembut dan mengandungi kandungan kanji yang tinggi. Pokok Rumbia juga merupakan sumber makanan asasi bagi kaum peribumi di Sabah dan Sarawak, antaranya suku kaum Bisaya, dan Melanau.
Pokok Rumbia mempunyai banyak pelepah berbentuk pinnate 6-8 meter panjang yang mula-mula tegak kemudian perlahan-lahan melengkung ke bawah.


Daun Rumbia yang digunakan untuk membuat atap

Atap rumbia yang siap dipasang


Pokok Rumbia dalam hutan

Pokok Nipah



Pokok Nipah merupakan sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di hutan negara-negara ASEAN. Nama botaninya Nypa fruticans. Pokok Nipah merupakan satu-satunya pokok palma yang juga dikira sebagai pokok bakau, dan satu-satunya spesies dalam genus Nypa. Pokok Nipah juga boleh dijumpai di kawasan-kawasan lain di selatan Asia dan utara Australia.id.wikipedia.org/wiki/Nipah
Pokok nipah kebiasaannya dijumpai di tebing sungai. Ia dalam keadaan, batangnya di dalam air dan daun serta pelepahnya di atas.
Kebiasaannya orang dahulu menggunakan nipah untuk membuat atap nipah. Pokok nipah mempunyai pelbagai kegunaan.  Daunnya boleh dibuat atap rumah atau dinding pondok, tandannya yang muda boleh menghasilkan nira dan cuka. Daun nipah juga dapat dianyam untuk membuat tikar, beg, topi dan pelbagai lagi. Umbut nipah juga boleh dijadikan masakan sama seperti umbut kelapa, umbut kelapa sawit dan lain-lain.
Air nira nipah boleh juga didapati di tepi jalan yang menghubungkan Teluk Intan dan Lumut. Rasanya sangat sedap. Ia boleh dinikmati dalam keadaan yang sejuk dan sesuai dinikmati pada musim  panas. Nira nipah juga tidak boleh dibiar begitu sahaja, kerana ia mudah masam sekiranya tidak disimpan di dalam tempat dingin.

Air Nira nipah, buah nipah dan lain-lain

Pokok Nipah 




Pokok kabung


Anda tahu tak pokok kabung? Pernah dengar tak? Pernah tengok tak?
Pokok kabung(gambar) adalah pokok yang liar dihutan atau nama sainstefiknya adalah Arenga pinnata. Pokok kabung kalau sekali pandang macam pokok sawit lah, tapi bezanya pokok sawit ada berduri. Pokok kabong boleh dijumpai didalam hutan. Ia tumbuh secara semulajadi.
Pokok kabung juga mempunyai bunga. Terdapat dua jenis bunga iaitu bunga jantan dan bunga betina. Tangkai bunga jantan boleh menghasilkan todi dan boleh menghasilkan gula atau cuka. Kebiasaannya gula kabung ini dibungkus didalam Daun Kabung itu sendiri dan dijual di pasaran. Gula ini boleh didapati di Parit, Perak. Kegunaan Gula Kabong biasanya untuk membuat kuih tradisional contohnya Buah Melaka, dodol, wajik dan sebagainya.
Pokok kabung juga mempunyai buah yang tersendiri.  Buahnya terjuntai ditandannya yang berukuran lingkungan 1.5 meter. Buahnya berbentuk bulat dan berwarna hijau. Buahnya juga tidak boleh dimakan begitu sahaja. Ia mempunyai proses yang tersendiri untuk memekan nya, kerana ia boleh mengundang kegatalan sekiranya ia tidak diproses dengan betul.
Untuk memprosesnya dengan betul, Buah Kabung hendaklah dikait, kemudian ia dileruikan(dipisahkan) daripada tangkainya dan dimasukkan kedalam tong minyak tanah untu direbus kira-kira 1-2 jam. Selepas itu buah tadi dituskan,  buah tadi dibelah dua atau tiga. Ada tiga isi dalam setiap buah kabung bersaiz besar. Isi kabung direbus lagi untuk dijadikan agar-agar yang liat. Warnanya putih jernih. Agar-agar itu kemudian dimasak dengan air gula selama beberapa jam dan diberi pewarna. pelbagai perisa boleh diletakkan antaranya laici, mangga, strawberi dan sebagainya.

Buah Kabung juga dikenali orang Perak sebagai Kantor. Kebiasaannya Kanto ini dijumpai pada Bulan Puasa di Bazar Ramadhan atau tepi-tepi jalan kawasan Parit, Kuala Kangsar dan Kg. Gajah Perak.


Buah Kabung atau Kanto kabung



Buah kabung yang belum direlaikan dari tangkainya


Buah kabung yang telah dipisahkan daripada kulitnya


Gula kabung yang siap dibalut