Sunday 13 May 2012

Cara tanam serai



Cara menanam serai.

Pokok Kari

Pokok Kari
Pokok Kari ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia sering ditanam di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit.
Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah dalam masakan lain seperti rasam, chutney , muruku dan sebagainya lagi. Berasal dari negara India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zontropika. . http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Kari

Daun kari jugaadalah daun yang digunakan dalam memasak Gulai kari Ikan,kari Ayam dan Kambing. ia ditumis sebelum rempah kari dimasukkan. ia juga menjadi penyedap makanan ini. pokok kari boleh didapai disekitar rumah atau daunnya juga boleh didapati di kedai atau pasaraya besar mahupun kecil.

Asam Pedas yang sedap diletakkan daun Kari

Pokok sireh

Pokok Sireh

Tidak dapat dinafikan bahawa sekarang kita sering lupa tentang faedah daun sirih (daun sirih). Dalam daun sirih lalu adalah salah satu pendekatan perubatan tradisional yang penting, bukan sahaja di Malaya (Tanah Melayu)http://kauluanexpress.com/2011/05/17/daun-sireh/
Sireh(gambar) adalah sejenis daun yang digunakan oleh masyarakat melayu amnya dalam adat dan istiadat melayu ketika bertunang dan berkhawin. Ia memang menjadi tradisi turun temurun. Ketika seseorang itu bertunang ia perlu memakan daun sireh serta kandungan yang lain, antaranya yang terkandung dalam adat memakan sireh adalah daun sireh,sepotong kecil pinang, kapur dan gambir. Menurut orang yang pernah memakannya rasa sireh pedas-pedas . jika ingin tahu rasa sebenarnya, cubalah makan.
Tepak sireh adalah bekas untuk mengisi Daun sireh dan sebagainya dalam Adat Bertunang
Susunan Daun Sirah serta yang lain
Dalam adat bertunang kebiasaannya sireh akan diletakkan dalam Tepak Sireh ( sejenis bekas yang berbentuk segi empat sama yang berwarna merah) antara yang terkandung dalam Tepak Sireh adalah daun sireh, kapur, buag pinang yang telah dikupas, gambir,  ½ kg beras, wang serta cincin tunang. Ia akan diberikan kepada pihak perempuan.

Pokok sireh merupakan sejenis pokok yang menjalar dan menumpang pokok lain atau erti kata lain ia adalah tumbuhan parasit. Ia akan memanjat pokok tersebut sampai keatas sekali dan menawan pokok tersebut.

Pokok Sireh yang menjalar ke pokok lain.

Asam Gelugur


Asam Gelugur atau nama lainnya adalah asam keping. Ia merupakan pokok yang ditanam atau disemai melalui biji benih. Asam Gelugur ini kebiasaannya ditemui di Malaysia. Negeri Perak adalah salah sebuah negeri yang mempunyai banyak asam gelugur. Pucuk Asam Gelugur boleh dimakan begitu sahaja. Ia juga boleh dibuat pencuk untuk dimakan dengan Bubur Asyura.
Asam Gelugor mempunyai beberapa proses seblum ia dapat digunakan.  Buahnya akan dipungut selepas luruh dari pokoknya. Selepas itu buah ini akan dihiris nipis bagi mendapat kepingan yang mudah untuk dikeringkan. Proses pengeringan berlaku bagi mendapatkan asam gelugor yang berkualiti. Proses ini mengambil masa 7-12 hari sekiranya cuaca panas, jika tidak ia memerlukan masa yang agak lama. Disamping itu, hirisan nipis juga menjadi faktor kecepatan asam ini dikeringkan.
Kegunaannya adalah untuk menghilangkan bau hanyir ikan dan daging. Asam gelugor ini rasanya amat masam.
Asam gelugor kering digelar asam keping digunakan kebanyakannya untuk bahan masakan sebagai penambah rasa kemasaman dalam masakan. Antara masakan popular perlukan asam keping seperti masakan asam pedas, masak lemak cili api, masak singgang dan segala jenis masakan lain. Asam keping ini mengandungi bahan asid hidrositrik boleh menggantikan asam jawa. Pada masa ini ada yang menggunakan asam gelugur untuk jus minuman dan membantu mengurangkan kolesterol dalam badan serta berfungsi sebagai antioksidan yang baik.
Asam Keping juga perlu ditambah dalam Kuah laksa bagi menambahkan lagi kesedapan laksa tersebut.
Pucuk Asam Gelugur rasanya lemak-lemak.



Buah Asam Gelugur yang belum luruh, ia juga boleh dikait menggunakan buluh pengait.

Friday 11 May 2012

Belimbing Buluh

Belimbing Buluh


Ia adalah sejenis buah buahan yang terdapat di Malaysia dan Indonesia. Belimbing asam(gambar) juga merupakan nama lain bagi belimbing buluh. Rupa bentuknya berbeza dengan belimbing besi. Ia berbentu segi empat panjang lebih kurang 5cm. Buah ini tidak dimakan semasa segar, tetapi ia dibuat penyedap makanan contohnya Sambal Belimbing, atau dimasukkan dalam Gulai lemak Ikan masin dan lain –lain. Di samping itu buah belimbing ini juga digunakan untuk menghilangkan bau hanyir  ikan-ikan darat( ikan air tawar) dan sebagainya.Buah ini juga sering digunakan oleh orang melayu dan cina dalam masakan.

Wednesday 9 May 2012

Nam Nam

Nam Nam
Pokok Nam-nam atau nama saintifiknya Cynometra cauliflora merupakan tumbuhan yang unik kerana berbunga dan berbuah di batang. Pokok yang  dikatakan berasal dari Borneo ini mempunyai  ketinggian di antara 3 hingga 6 meter sahaja. Pokok ini masih lagi ditemui di Semenanjung Malaysia terutama di kawasan utara dan pantai timur. Pokoknya mudah tumbuh melalui kaedah  tanaman biji atau pun kaedah tut. 

Buah Nam nam yang bersaiz di antara 5-6cm ini mempunyai rasa masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi  masam manis apabila masak. Bijinya pula berbentuk leper.
 Buah ini tidak ramai yang tahu dan ia jarang kita jumpai di mana-mana pasar malam dan pasaraya.Buah ni tumbuh di pangkal dan batang pokoknya Kulitnya berjerutu. Jadi ramai yang tidak menggemarinya sebab rupa bentuknya yang menyeramkan. Tetapi bagi siapa yang biasa merasi buah ini, ia memang membuatkan anda terliur dengan kesedapannya.
Jadi saya sarankan kepada sesiapa yang belum pernah merasai buah nam nam, cari dan rasailah nikmat kesedapannya.
Selamat Mencuba.