Wednesday, 9 May 2012

Nam Nam

Nam Nam
Pokok Nam-nam atau nama saintifiknya Cynometra cauliflora merupakan tumbuhan yang unik kerana berbunga dan berbuah di batang. Pokok yang  dikatakan berasal dari Borneo ini mempunyai  ketinggian di antara 3 hingga 6 meter sahaja. Pokok ini masih lagi ditemui di Semenanjung Malaysia terutama di kawasan utara dan pantai timur. Pokoknya mudah tumbuh melalui kaedah  tanaman biji atau pun kaedah tut. 

Buah Nam nam yang bersaiz di antara 5-6cm ini mempunyai rasa masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi  masam manis apabila masak. Bijinya pula berbentuk leper.
 Buah ini tidak ramai yang tahu dan ia jarang kita jumpai di mana-mana pasar malam dan pasaraya.Buah ni tumbuh di pangkal dan batang pokoknya Kulitnya berjerutu. Jadi ramai yang tidak menggemarinya sebab rupa bentuknya yang menyeramkan. Tetapi bagi siapa yang biasa merasi buah ini, ia memang membuatkan anda terliur dengan kesedapannya.
Jadi saya sarankan kepada sesiapa yang belum pernah merasai buah nam nam, cari dan rasailah nikmat kesedapannya.
Selamat Mencuba.















No comments:

Post a Comment