Sunday, 13 May 2012

Asam Gelugur


Asam Gelugur atau nama lainnya adalah asam keping. Ia merupakan pokok yang ditanam atau disemai melalui biji benih. Asam Gelugur ini kebiasaannya ditemui di Malaysia. Negeri Perak adalah salah sebuah negeri yang mempunyai banyak asam gelugur. Pucuk Asam Gelugur boleh dimakan begitu sahaja. Ia juga boleh dibuat pencuk untuk dimakan dengan Bubur Asyura.
Asam Gelugor mempunyai beberapa proses seblum ia dapat digunakan.  Buahnya akan dipungut selepas luruh dari pokoknya. Selepas itu buah ini akan dihiris nipis bagi mendapat kepingan yang mudah untuk dikeringkan. Proses pengeringan berlaku bagi mendapatkan asam gelugor yang berkualiti. Proses ini mengambil masa 7-12 hari sekiranya cuaca panas, jika tidak ia memerlukan masa yang agak lama. Disamping itu, hirisan nipis juga menjadi faktor kecepatan asam ini dikeringkan.
Kegunaannya adalah untuk menghilangkan bau hanyir ikan dan daging. Asam gelugor ini rasanya amat masam.
Asam gelugor kering digelar asam keping digunakan kebanyakannya untuk bahan masakan sebagai penambah rasa kemasaman dalam masakan. Antara masakan popular perlukan asam keping seperti masakan asam pedas, masak lemak cili api, masak singgang dan segala jenis masakan lain. Asam keping ini mengandungi bahan asid hidrositrik boleh menggantikan asam jawa. Pada masa ini ada yang menggunakan asam gelugur untuk jus minuman dan membantu mengurangkan kolesterol dalam badan serta berfungsi sebagai antioksidan yang baik.
Asam Keping juga perlu ditambah dalam Kuah laksa bagi menambahkan lagi kesedapan laksa tersebut.
Pucuk Asam Gelugur rasanya lemak-lemak.



Buah Asam Gelugur yang belum luruh, ia juga boleh dikait menggunakan buluh pengait.

No comments:

Post a Comment