Sunday, 11 November 2012
Friday, 8 June 2012
Sunday, 13 May 2012
Pokok Kari
Pokok Kari
Pokok Kari ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia sering ditanam di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit..jpg)
Daun kari jugaadalah daun yang digunakan dalam memasak Gulai kari Ikan,kari Ayam dan Kambing. ia ditumis sebelum rempah kari dimasukkan. ia juga menjadi penyedap makanan ini. pokok kari boleh didapai disekitar rumah atau daunnya juga boleh didapati di kedai atau pasaraya besar mahupun kecil.
![]() |
| Asam Pedas yang sedap diletakkan daun Kari |
Pokok sireh
Pokok Sireh
Tidak dapat dinafikan bahawa sekarang kita sering lupa tentang faedah daun sirih (daun sirih). Dalam daun sirih lalu adalah salah satu pendekatan perubatan tradisional yang penting, bukan sahaja di Malaya (Tanah Melayu) http://kauluanexpress.com/2011/05/17/daun-sireh/
Dalam adat bertunang kebiasaannya sireh akan diletakkan dalam Tepak Sireh ( sejenis bekas yang berbentuk segi empat sama yang berwarna merah) antara yang terkandung dalam Tepak Sireh adalah daun sireh, kapur, buag pinang yang telah dikupas, gambir, ½ kg beras, wang serta cincin tunang. Ia akan diberikan kepada pihak perempuan.
Tidak dapat dinafikan bahawa sekarang kita sering lupa tentang faedah daun sirih (daun sirih). Dalam daun sirih lalu adalah salah satu pendekatan perubatan tradisional yang penting, bukan sahaja di Malaya (Tanah Melayu)Sireh(gambar) adalah sejenis daun yang digunakan oleh masyarakat melayu amnya dalam adat dan istiadat melayu ketika bertunang dan berkhawin. Ia memang menjadi tradisi turun temurun. Ketika seseorang itu bertunang ia perlu memakan daun sireh serta kandungan yang lain, antaranya yang terkandung dalam adat memakan sireh adalah daun sireh,sepotong kecil pinang, kapur dan gambir. Menurut orang yang pernah memakannya rasa sireh pedas-pedas . jika ingin tahu rasa sebenarnya, cubalah makan.
![]() |
| Tepak sireh adalah bekas untuk mengisi Daun sireh dan sebagainya dalam Adat Bertunang |
![]() |
| Susunan Daun Sirah serta yang lain |
Pokok sireh merupakan sejenis pokok yang menjalar dan menumpang pokok lain atau erti kata lain ia adalah tumbuhan parasit. Ia akan memanjat pokok tersebut sampai keatas sekali dan menawan pokok tersebut.
![]() |
| Pokok Sireh yang menjalar ke pokok lain. |
Asam Gelugur
Asam Gelugur atau nama lainnya adalah asam keping. Ia merupakan pokok yang ditanam atau disemai melalui biji benih. Asam Gelugur ini kebiasaannya ditemui di Malaysia. Negeri Perak adalah salah sebuah negeri yang mempunyai banyak asam gelugur. Pucuk Asam Gelugur boleh dimakan begitu sahaja. Ia juga boleh dibuat pencuk untuk dimakan dengan Bubur Asyura. Asam Gelugor mempunyai beberapa proses seblum ia dapat digunakan. Buahnya akan dipungut selepas luruh dari pokoknya. Selepas itu buah ini akan dihiris nipis bagi mendapat kepingan yang mudah untuk dikeringkan. Proses pengeringan berlaku bagi mendapatkan asam gelugor yang berkualiti. Proses ini mengambil masa 7-12 hari sekiranya cuaca panas, jika tidak ia memerlukan masa yang agak lama. Disamping itu, hirisan nipis juga menjadi faktor kecepatan asam ini dikeringkan.
Kegunaannya adalah untuk menghilangkan bau hanyir ikan dan daging. Asam gelugor ini rasanya amat masam.
Asam gelugor kering digelar asam keping digunakan kebanyakannya untuk bahan masakan sebagai penambah rasa kemasaman dalam masakan. Antara masakan popular perlukan asam keping seperti masakan asam pedas, masak lemak cili api, masak singgang dan segala jenis masakan lain. Asam keping ini mengandungi bahan asid hidrositrik boleh menggantikan asam jawa. Pada masa ini ada yang menggunakan asam gelugur untuk jus minuman dan membantu mengurangkan kolesterol dalam badan serta berfungsi sebagai antioksidan yang baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)